Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban,
manakala dari segi istilah syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada
tubuh manusia yang wajib ditutup.
Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian
tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi kerana
perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.
Aurat lelaki:
Lelaki yang akil baligh wajib menutup
aurat dengan sempurna mengikut syarak. Batasan aurat lelaki telah pun
jelas disebut oleh Rasulullahlah s.a.w. melalui hadis yang diriwayatkan
oleh Darul Qutni ” aurat lelaki ialah bahagian di antara pusat dan
lutut”.
Walaupun begitu, mengikut pandangan
ulama aurat lelaki berbeza mengikut situasi yang dihadapinya, di
antaranya adalah seperti berikut:
a) Ketika solat – antara pusat dan lutut.
b) Di hadapan wanita yang bukan mahram – seluruh anggota badan
c) Di hadapan lelaki dan wanita yang mahramnya – antara pusat dan lutut.
d) Ketika seorang diri di tempat sunyi – qubul dan dubur sahaja.
b) Di hadapan wanita yang bukan mahram – seluruh anggota badan
c) Di hadapan lelaki dan wanita yang mahramnya – antara pusat dan lutut.
d) Ketika seorang diri di tempat sunyi – qubul dan dubur sahaja.
Aurat wanita:
Syarak telah menetapkan bahawa aurat
wanita lebih daripada aurat lelaki. Antara dalil yang menjelaskan
batasan aurat wanita ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang
bermaksud ” seorang gadis yang apabila telah kedatangan haid tidak
dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan
hingga pergelangan tangan”.
Termasuk di dalam kategori mendedahkan
aurat juga ialah memakai pakaian yang nipis. Kerana menurut satu hadis
bahawa pada suatu hari Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung ke rumah
Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang agak nipis sehingga
menampakkan warna kulitnya, lalu baginda menegur ” wahai Asma’, seorang
perempuan apabila kedatangan haid tidak harus dilihat kepadanya kecuali
ini dan ini sahaja”. Sambil baginda mengisyaratkan ke muka dan tapak
tangannya.
Dalam satu riwayat lain, Hafsah binti
Abdul Rahman berkunjung ke rumah Aisyah (isteri Rasulullah s.a.w.)
dengan memakai kain tudung yang nipis lalu dikoyak oleh Aisyah dan
diganti dengan tudung yang tebal seraya berkata : Rasulullah pernah
bersabda : Allah melaknati perempuan yang berpakaian tetapi
bertelanjang.”
Sama seperti lelaki, wanita juga
mempunyai batas aurat tertentu mengikut situasi yang dihadapinya.
Antaranya ialah seperti berikut:
a) Ketika solat – seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b) Di hadapan wanita kafir dan wanita Islam yang fasiq atau rosak akhlak – seluruh anggota kecuali kepala, muka, leher, dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kaki.
c) Di hadapan lelaki yang bukan mahram – seluruh tubuh tanpa pengecualian menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab syafie’.

No comments:
Post a Comment