Saturday, 9 August 2014

To all UPSR Candidates

Assalamualaikum to all UPSR candidates and all people. Hows your day today? Good? Alhamdulillah.


Jika kamu tidak tahan penatnya belajar, Maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan, {{ Imam Syafie }}

So, apa yang ingin dikatakan ialah, pada 9/9/2014 berlangsungnya peperiksaan UPSR. So, kepada sesiapa yang menghadapinya, 'Good Luck & Do Your Best!' Termasuk saya juga. Dan kami berharap, kami akan lulus dan mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. InsyaAllah Amin. 

Saya doakan, kesemua pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR akan mendapat 5A dalam UPSR mereka, Amin ya Rabbal Alamin.

So yah, wish us luck and thankyou for reading this post. May God Bless You!! 

Sunday, 11 May 2014



Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi.

 Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Tuesday, 6 May 2014

Apa itu AURAT !?

  Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban, manakala dari segi istilah syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.
Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.
Aurat lelaki:
Lelaki yang akil baligh wajib menutup aurat dengan sempurna mengikut syarak. Batasan aurat lelaki telah pun jelas disebut oleh Rasulullahlah s.a.w. melalui hadis yang diriwayatkan oleh Darul Qutni ” aurat lelaki ialah bahagian di antara pusat dan lutut”.
Walaupun begitu, mengikut pandangan ulama aurat lelaki berbeza mengikut situasi yang dihadapinya, di antaranya adalah seperti berikut:
a) Ketika solat – antara pusat dan lutut.
b) Di hadapan wanita yang bukan mahram – seluruh anggota badan
c) Di hadapan lelaki dan wanita yang mahramnya – antara pusat dan lutut.
d) Ketika seorang diri di tempat sunyi – qubul dan dubur sahaja.
Aurat wanita:
Syarak telah menetapkan bahawa aurat wanita lebih daripada aurat lelaki. Antara dalil yang menjelaskan batasan aurat wanita ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud ” seorang gadis yang apabila telah kedatangan haid tidak dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan”.
Termasuk di dalam kategori mendedahkan aurat juga ialah memakai pakaian yang nipis. Kerana menurut satu hadis bahawa pada suatu hari Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang agak nipis sehingga menampakkan warna kulitnya, lalu baginda menegur ” wahai Asma’, seorang perempuan apabila kedatangan haid tidak harus dilihat kepadanya kecuali ini dan ini sahaja”. Sambil baginda mengisyaratkan ke muka dan tapak tangannya.
Dalam satu riwayat lain, Hafsah binti Abdul Rahman berkunjung ke rumah Aisyah (isteri Rasulullah s.a.w.) dengan memakai kain tudung yang nipis lalu dikoyak oleh Aisyah dan diganti dengan tudung yang tebal seraya berkata : Rasulullah pernah bersabda : Allah melaknati perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.”
Sama seperti lelaki, wanita juga mempunyai batas aurat tertentu mengikut situasi yang dihadapinya. Antaranya ialah seperti berikut:
a) Ketika solat – seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b) Di hadapan wanita kafir dan wanita Islam yang fasiq atau rosak akhlak – seluruh anggota kecuali kepala, muka, leher, dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kaki.
c) Di hadapan lelaki yang bukan mahram – seluruh tubuh tanpa pengecualian menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab syafie’.